Kenapa Baitulmaqdis menjadi rebutan?

369
Kenapa Baitulmaqdis menjadi rebutan?
Masjid Al-Aqsa ft istw
JAKARTA, banten.indeksnews.com – Baitulmaqdis menjadi rebutan sejak zaman-ke zaman karena ia merupakan kota suci umat Islam, orang Yahudi dan penganut Nasrani.

Baitumaqdis dan kawasan sekitarnya menempatkan makam para nabi, termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dan Nabi Musa.

Orang Yahudi mengaitkan Baitulmaqdis dengan zaman keagungan Bani Israel semasa pemerintahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Mereka percaya Haram As-Syarif (Temple Mount), yang di atasnya terdapat Qubbah As-Shakhra, sebagai tempat Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Nabi Ishak.

Mereka percaya di bawah Haram As-Syarif terdapat bekas tapak Haykal Sulaiman (Solomon’s Temple) dan Tembok Ratapan (Wailing Wall) sebagai sisa runtuhan Haykal Sulaiman itu.

Penggalian yang dilakukan Israel sejak akhir-akhir ini bertujuan mencari tapak bangunan purba itu.

Mereka bercita-cita hendak membangun haykal ketiga dan memulihkan semula keagungan Yahudi seperti pada zaman Nabi Sulaiman.

Orang Nasrani menganggap Yerusalem kota suci karena di sini terdapat makam Siti Maryam, dan tempat lahirnya Nabi Isa.

Mereka percaya pembangunan Haykal yang ketiga oleh orang Yahudi akan mempercepat kemunculan pertama Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal di akhir zaman.

Bagi umat Islam, Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Ia kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw menukar kiblat ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah.

Masjid Al-Aqsa juga dikaitkan dengan peristiwa Isra dan Miraj Nabi Muhammad saw.

Di Masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad saw diriwayatkan telah menunaikan solat bersama para nabi lain pada malam penuh barokah itu, dengan beliau menjadi imam.

Qubbah As-Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak menjalankan miraj ke langit tujuh dengan menunggang Buraq.

BACA JUGA:  Jaksa Agung Burhanuddin: Pemulangan Adelin Lis Berkat Sinergitas RI-Singapura
Qubbah As Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak menjalankan miraj ke langit tuju dengan menunggang Buraq.
Qubbah As-Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak menjalankan miraj ke langit tuju dengan menunggang Buraq.

Penduduk Palestina menamakan tembok ini sebagai Al-Buraq atau sekarang disebut orang Yahudi sebagai tembok ratapan . Mereka percaya di situlah Nabi Muhammad menambatkan kendaraan Buraq.

Tempat ini kini disebut masjid yang dipanggil Masjid Buraq. Penduduk Palestina percaya pada akhir zaman Imam Mahdi akan turun dekat Gerbang Mahdi (Gate of Mahdi) di Baitulmaqdis.

Beliau dan Nabi Isa akan memerangi Dajjal sehingga umat Islam mencapai kemenangan.

Perebutan Yerusalem oleh orang Nasrani dan umat Islam mencetus sembilan Perang Salib yang berperang selama beberapa ratus tahun.

Kini Yerusalem menjadi rebutan antara Israel dan Palestina Mereka bersikeras ingin menjadikan Yerusalem ibu negara masing-masing.